X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Kakitangan Parlimen bebas Covid-19

Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin mengesahkan semua kakitangan Parlimen termasuk polis bantuan yang berkhidmat di bangunan itu negatif Covid-19.
A
A

KUALA LUMPUR - Semua kakitangan Parlimen termasuk polis bantuan yang berkhidmat di bangunan itu disahkan negatif dan bebas daripada jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin berkata, keputusan itu diperoleh ketika menjalani ujian saringan yang dibuat pada 28 dan 30 Oktober lalu.

"Walau bagaimanapun, melalui hasil ujian saringan tersebut yang turut melibatkan pihak media rasmi dan ahli Parlimen, terdapat dua kes positif yang melibatkan seorang petugas media dan seorang pegawai kepada ahli Dewan Negara.

"Kedua-dua kes tersebut telahpun diambil tindakan lanjut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus selepas keputusan ujian saringan diperoleh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak Parlimen Malaysia juga telah membuat pelbagai usaha serta persediaan yang sewajarnya untuk mengekang penularan Covid-19.

"Ia bagi memastikan kelancaran persidangan dan pembentangan belanjawan yang akan diadakan pada 6 November 2020 nanti," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!