Belanjawan 2021: Puteri UMNO cadang elaun khas RM1,000 untuk 'frontliners'

Kenyataan Zahida dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Kenyataan Zahida dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Puteri UMNO hari ini mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan elaun khas kepada petugas barisan hadapan pada pembentangan Belanjawan 2021.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pihaknya mencadangkan elaun sebanyak RM1,000 diberikan kepada petugas barisan hadapan

yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, tentera dan semua penjawat awam yang terlibat.

“Kami mencadangkan elaun khas secara one-off sebanyak RM1,000 diberikan.

"Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan adalah amat besar dalam usaha melawan penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap ada berita gembira kepada 1.6 juta penjawat awam itu yang akan diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Jumaat nanti.

Beliau turut merakamkan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara.

Artikel Berkaitan: