'Tidak kompromi pihak ganggu gugat keharmonian negara'

Mohd Azis - Foto Bernama
Mohd Azis - Foto Bernama
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang memasuki kawasan kuil Sri Maha Mariamman di sini, sehingga mencetuskan kekecohan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, pihak polis tidak akan memilih bulu dalam memastikan undang-undang dan peraturan negara dipatuhi.

“Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang bertindak masuk ke kawasan kuil sehingga mencetuskan kekecohan.

"Tidak ada kompromi kepada mereka yang sengaja cuba menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan di kuil, kawasan sekitar terkawal]

Beliau turut menggesa semua pihak tidak mengambil tindakan sesuka hati dan mengikut pertimbangan sendiri yang hanya akan menimbulkan kekacauan dan masalah lebih buruk.

“Sebarang pertikaian antara pihak kuil dengan pemaju perlu diselesaikan secara perbincangan dan berlapang dada, bukannya menerusi kekerasan atau keganasan,” katanya.

Dalam pada itu, Azis berkata, sikap profesionalisme dan kematangan polis mengawal keadaan berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk daripada berlaku.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan kerosakan di tempat awam dan akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Anggota bomba cedera, jentera dirosakkan]