Peluang sama rata

Faizal (barisan tengah, kanan) dan Fitri (barisan tengah, kiri) antara pemain berpengaruh skuad kebangsaan sejak 10 tahun lalu.
Faizal (barisan tengah, kanan) dan Fitri (barisan tengah, kiri) antara pemain berpengaruh skuad kebangsaan sejak 10 tahun lalu.
A
A
A

PERSAINGAN memburu kejuaraan TM Piala Malaysia 2020 dilihat terbuka kepada kesemua pasukan memandangkan kejohanan kali ini berlangsung dalam format kalah mati bermula pusingan pertama.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, beberapa pasukan gergasi lain mampu memberi cabaran sengit kepada penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sekali lagi dilabel pasukan pilihan.

“Memang kalau dilihat sudah tentu JDT mempunyai peluang cerah untuk mara ke final. Namun, saya lebih melihat cabaran sengit melibatkan pasukan lain seperti Selangor, Kedah, Pahang, Perak dan Terengganu FC (TFC).

“Saya jangka sengit persaingan dalam kelompok membabitkan lima pasukan tersebut. Saya tidak boleh ramal siapa yang akan ke final, namun apa yang saya boleh katakan semua pasukan miliki peluang yang seimbang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Berdasarkan undian pusingan pertama Piala Malaysia kelmarin, JDT dilihat tidak mempunyai masalah untuk mara ke final apabila diundi dalam laluan mudah yang hanya membariskan enam pasukan lain - Kuching FA, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Felda United, UiTM FC dan Kelantan.

Laluan sukar pula bakal ditempuhi Selangor, Kedah, Pahang, Perak dan TFC yang diletakkan dalam satu laluan sama selain Melaka United, PJ City FC dan Kelantan United FC.

Bagaimanapun, Sathianathan tetap meramalkan bekas pasukannya, Selangor berpeluang melangkah lebih jauh melihatkan kepada prestasi semasa Gergasi Merah selain tidak berdepan JDT dalam laluan ke final.

“Bagi saya Selangor mempunyai peluang cerah untuk mara. Prestasi mereka juga berada pada tahap terbaik ketika ini dan tidak mustahil dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang saya boleh katakan, Selangor akan mara ke suku akhir dan Pahang berpeluang mencipta kejutan ke atas Kedah (pada pusingan pertama). (Pengendali Pahang) Dollah Salleh juga dah beritahu semua pemainnya sudah pulih daripada kecederaan.

“Bagi Perak dan TFC, mereka mungkin tidak menghadapi masalah mara ke suku akhir tetapi pasukan bukan pilihan juga mampu membuat kejutan,” jelasnya.