Penunggang motosikal maut digilis lori

Penunggang motosikal maut digilis sebuah lori di Kilometer 41, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi semalam.
Penunggang motosikal maut digilis sebuah lori di Kilometer 41, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 41 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 3.15 petang berhampiran sebuah stesen minyak menghala ke Johor Bahru.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR bersendirian dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru dipercayai bergesel dengan lori jenis Hino berwarna hijau tanpa muatan dipandu seorang lelaki.

"Akibat kejadian itu, motosikalnya hilang kawalan dan mangsa tercampak ke atas bahu jalan sebelum digilis lori berkenaan.

Keadaan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa.
Keadaan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa.

"Mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berkenaan meninggalkan tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pada jam 9.20 malam tadi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kota Tinggi berjaya mengesan dan menangkap pemandu tersebut yang berusia 50 tahun.

"Pemandu lori itu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: