Malaysia sokong Palestin sebagai negara merdeka, berdaulat

Malaysia konsisten menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Malaysia konsisten menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia konsisten menyokong pembentukan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam kenyataannya memaklumkan, tindakan itu melalui Penyelesaian Dua Negara (Two-State Solution) berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Pendirian Malaysia amat jelas iaitu terus konsisten menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Menurutnya, Kementerian Luar Negeri akan terus mengetengahkan pendirian kerajaan Malaysia dan menyokong usaha jujur, konkrit serta realistik.

"Ia demi membantu Palestin serta mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Palestin," katanya.

Terdahulu, Kamaruddin berkata, Kementerian Luar Negeri akan mempertimbangkan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa Parlimen Malaysia yang diedarkan kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam.

"Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa tersebut kerana telah menjemput wakil-wakil kementerian ini untuk memberi taklimat semasa Mesyuarat Jawatankuasa pada 7 Februari 2020 mengenai hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Palestin serta inisiatif negara ini bagi membantu rakyat Palestin dan mendokong perjuangan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: