MU terima padah sebab kedekut

United gagal menampilkan persembahan terbaik ketika menentang Arsenal di laman sendiri awal pagi semalam.
United gagal menampilkan persembahan terbaik ketika menentang Arsenal di laman sendiri awal pagi semalam.
A
A
A

BEKAS kapten Manchester United, Gary Neville mempersoalkan kemampuan The Red Devils musim ini selepas menyaksikan pasukan itu tewas 0-1 kepada Arsenal dalam aski Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Menurutnya, sikap kedekut untuk berbelanja pada jendela perpindahan musim lalu memberikan kesan buruk kepada pasukan yang dilihat gagal bersaing dan menunjukkan persembahan yang bagus.

Malah, Neville melihat jentera tengah United mempunyai lebih banyak masalah terutama di bahagian sayap kanan pasukan selepas gagal membawa masuk bintang Borrusia Dortmund, Jadon Sancho.

"Lebih banyak masalah daripada penyelesaian. Anda mempunyai enam pemain tengah di kelab iaitu Nemanja Matic, Fred, Scott McTominay, Bruno Fernandes, Donny van de Beek dan Paul Pogba. Kesemua pemain itu perlu dimainkan dalam pasukan dan ia memaksa Ole Gunnar Solskjaer membentuk formasi berlian.

"Saya rasa Ole mempunyai elemen dan berfikir dia boleh meletakkan empat pemain dalam formasi tersebut dan ia akan berjaya seperti yang berlaku ketika mencatatkan kemenangan dalam perlawanan lalu. Tetapi, McTominay di sebelah kanan tidak menjadi selepas lima minit perlawanan bermual.

"United perlukan seseorang yang boleh bermain di bahagian sayap kanan. Aaron Wan-Bissaka nampak kekok di bahagian pertahanan kanan, sebab itu mereka memerlukan pemain yang bagus untuk mengimbangi kelompongan tersebut.

"Selepas Mason Greenwood dikeluarkan, ia menjadi lebih sukar. Mereka memerlukan Sancho untuk bermain di bahagian tersebut dan ia nampak teruk apabila posisi itu tidak diisi semasa jendela perpindahan lalu," katanya.

Dengan kekalahan kepada Arsenal itu, United hanya menang dua daripada enam perlawanan EPL dan berada di kedudukan ke-15 dengan tujuh mata.

Artikel Berkaitan: