Nelayan harap elaun naik kepada RM300

Nelayan di Pontian Johor harap ada berita gembira pada Belanjawan 2021 Jumaat ini. Gambar kecil: Mansor Maidin dan Abu Samah Ali
Nelayan di Pontian Johor harap ada berita gembira pada Belanjawan 2021 Jumaat ini. Gambar kecil: Mansor Maidin dan Abu Samah Ali
A
A
A

PONTIAN - Nelayan pantai di daerah ini berharap ada khabar gembira yang menanti mereka dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Nelayan, Mansor Maidin, 60, berkata, pihaknya menaruh harapan supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat meningkatkan nilai kadar elaun sara hidup bulanan nelayan daripada RM200 ketika ini kepada RM300 bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung.

"Nelayan yang berpendapatan kecil amat berharap ada hadiah dan khabar gembira dalam pembentangan Belanjawan 2021 nanti.

"Kami harap kerajaan lebih membela nasib kami sewajarnya memandangkan kami juga terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Kami juga penting kepada ekonomi negara kerana golongan nelayan adalah pembekal utama sumber protein negara," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Mansor turut meminta agar subsidi diesel dan petrol bagi nelayan dikekalkan.

"Sudah tentu kami nelayan mahu kerajaan terus kekalkan subsidi petrol dan diesel kerana ia sangat membantu nelayan meringankan beban mereka," katanya.

Seorang lagi nelayan, Abu Samah Ali, 60, pula berkata, elaun yang ditingkatkan kadarnya sekurang-kurangnya RM300 sebulan mampu membantu nelayan berdepan kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

"Pembentangan Belanjawan Negara 2021 pada Jumaat ini ditunggu golongan nelayan kecil seperti kami. Sudah tentu elaun sara hidup nelayan yang kami harapkan ditingkatkan jumlahnya.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan yang prihatin pastinya akan melihat masalah dihadapi golongan nelayan kecil seperti kami," katanya.