Sidang Dewan Rakyat dipendekkan tak nafi hak berbahas

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan memendekkan sesi sidang Dewan Rakyat hari ini bukan bertujuan untuk mengehadkan atau menafikan hak semua ahli Parlimen untuk berbahas.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat, semua ahli Parlimen perlu menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaiknya.

Menurutnya, beliau pernah berpengalaman diberi masa yang singkat semasa menghadiri persidangan peringkat antarabangsa ketika menjawat portfolio sebagai Menteri Luar sebelum ini.

"Saya pernah menjadi Menteri Luar, banyak persidangan antarabangsa di mana kami hanya diberikan tiga minit untuk membahaskan kes.

"Saya percaya walaupun masa dipendekkan ia tidak memberikan kesan kerana ahli Parlimen cukup arif tentang menggunakan masa dengan baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Media Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, dalam suasana pandemik koronavirus Covid-19 dan peningkatan kes positif di Malaysia, jumlah 222 orang ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat dalam satu-satu masa untuk satu tempoh lama boleh mendedahkan kepada risiko jangkitan.

"Itu yang kita bimbangkan. Bukan hanya ahli Parlimen malah wartawan yang turut hadir membuat liputan," katanya.

Artikel Berkaitan: