X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Lima kluster baharu dikenal pasti hari ini

Dr Noor Hisham menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Lima kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini, masing-masing melibatkan satu di Sabah, Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Putrajaya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Kluster PTS Tawau melibatkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Daerah Tawau dengan 104 kes dikesan positif Covid-19.

Kluster Tenaga pula melibatkan subzon Batu Arang di Labuan dan ia dikesan hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sejumlah 57 kes positif dikesan dengan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Labuan.

Menjelaskan Kluster Gedong, Dr Noor Hisham berkata, ia melibatkan Daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan dan hasil saringan kontak rapat turut mengesan kes di Daerah Petaling di Selangor, Daerah Johor Bahru di Johor, serta Putrajaya dengan kini, 12 kes dikesan positif Covid-19.

Bagi Kluster Wisma Saberkas, ia melibatkan Daerah Kuching, Sarawak dengan lapan kes dikesan positif Covid-19.

Kluster Seridana pula melibatkan Putrajaya dengan lima kes dikesan positif Covid-19 dan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan Kluster Sungai yang sebelum ini dikesan di Kedah dan Perlis diisytiharkan tamat hari ini selepas tamat tempoh pemantauan dan tiada kes baharu dikesan selama 28 hari berturut-turut.

“Sehingga hari ini seramai 25,406 orang disaring dengan 101 kes dikesan positif Covid-19 dan baki 25,305 orang adalah negatif.

Kadar kepositifan bagi kluster ini adalah 0.40 peratus dengan satu kes kematian dilaporkan dalam kluster ini,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!