Ahli Parlimen perlu sokong Belanjawan 2021

Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan dan al-Quran terjemahan kepada salah seorang pengerusi masjid di Masjid Al-Muttaqin Tedong, Jasin hari ini.
Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan dan al-Quran terjemahan kepada salah seorang pengerusi masjid di Masjid Al-Muttaqin Tedong, Jasin hari ini.
A
A
A

JASIN - Setiap ahli Parlimen perlu menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sokongan itu bagi membuktikan wakil rakyat negara ini peka dan prihatin dengan sebarang kesulitan yang dihadapi rakyat, khususnya dalam situasi wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, semua sedia maklum dengan kesusahan yang dihadapi rakyat terutama ketika berdepan pandemik ini dan sokongan usul itu begitu penting untuk kerajaan terus membantu rakyat.

"Selain itu, kita juga perlu memberi perhatian dalam membekalkan peralatan kesihatan serta pembelaan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa terdedah kepada wabak ini.

"Jika sayangkan nyawa rakyat dan mahu melihat supaya wabak ini dapat dibendung, sudah menjadi kewajipan kita sebagai ahli Parlimen untuk menyokong belanjawan kali ini," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pentadbiran kepada masjid dan surau Parlimen Jasin, di Masjid Al-Muttaqin Tedong, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: