Warga emas maut, dua lagi cedera diserang lelaki berparang

Wanita warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Putra Point, Bandar Baru Nilai pagi tadi.
Wanita warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Putra Point, Bandar Baru Nilai pagi tadi.
A
A
A

NILAI - Seorang wanita warga emas maut manakala dua wanita lagi cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Putra Point, Bandar Baru Nilai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian pada jam 9.30 pagi itu melibatkan tiga mangsa masing-masing berumur 61, 63 dan 69 tahun.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang berada di sebuah bangunan kosong di kawasan berkenaan telah diserang oleh seorang lelaki berumur 42 tahun dengan menggunakan sebilah parang.

"Berdasarkan siasatan awal, kesemua mangsa dikejar oleh suspek sambil menghayunkan parang dan menyebabkan seorang mangsa yang berumur 63 tahun maut manakala dua lagi cedera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Nilai berjaya menahan lelaki berkenaan di Jalan Bandar Baru Nilai 1/2E pada jam 12.30 tengah hari tadi.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: