X

Kindly register in order to view this article
!

Kegiatan curi balak tumpas

Anggota penguatkuasaan JPNP menyita 200 batang balak pelbagai spesies yang ditemui di hutan tanah kerajaan Kampung Baru 21 Jalan Kuantan- Sungai Lembing.
A
A

KUANTAN - Lebih 200 batang balak pelbagai spesies dianggarkan bernilai lebih RM200,000 di hutan tanah kerajaan Kampung Baru 21 Jalan Kuantan-Sungai Lembing oleh pihak tidak bertanggungjawab berjaya ditumpaskan pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Mohd Rahim Ramli berkata, aktiviti terbabit dapat dipatahkan apabila anggota penguatkuasaan menemui dua longgok kayu pelbagai spesies dalam hutan dan berhampiran kilang papan.

Menurutnya, pemeriksaan selama tiga jam bermula 5.30 petang itu juga menemui balak dipercayai cuba dipindah.

“Kita akui harga tinggi mendorong pihak terbabit cuba memindahkan spesis balak

seperti meranti damar laut, keruing dan damar hitam tanpa lesen walaupun mereka

mengetahui itu adalah satu kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, ini kes pertama cubaan memindahkan balak dalam kawasan hutan kerajaan terbabit yang terkenal dengan pelbagai spesies pokok balak berkualiti tinggi terutama membabitkan pokok meranti damar laut yang semakin sukar ditemui.

“Kita percaya pokok balak terbabit ditebang beberapa minggu lalu oleh beberapa

individu sebelum dipindahkan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rahim berkata, kejayaan mengesan cubaan memindahkan balak tanpa permit hasil Ops Tanglung 2019 yang dilancarkan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin kelmarin.

Katanya, sempena cuti Tahun Baru Cina minggu depan kegiatan menceroboh dan memindahkan balak serta hasil hutan lain dijangka aktif berlaku, jadi pemantauan akan dilakukan anggota penguatkuasa seluruh negeri.

“Beberapa kawasan hutan yang sebelum ini menjadi tumpuan pencuri balak akan dipantau siang dan malam.

“Sayaa percaya pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan musim cuti disebabkan permintaan tinggi,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!