X

Kindly register in order to view this article
!

Pembangkang bangkitkan isu pencemaran sungai di Selangor

Rizam (tengah) sewaktu sidang media di lobi Bangunan Annex, hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Isu pencemaran air yang kerap berlaku di Selangor menjadi antara fokus utama pembangkang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail berkata, peruntukan kerajaan negeri pada setiap tahun bagi menangani isu melibatkan air sentiasa tinggi namun permasalahan itu masih kerap berulang dengan senario yang sama.

Menurutnya, sejak mentadbir Selangor kira-kira 12 tahun yang lalu, pentadbiran kerajaan negeri masih gagal untuk menyelesaikan permasalahan itu sehingga kini.

"Air adalah komponen utama kepada produktiviti dan aktiviti ekonomi negeri jadi isu pencemaran sungai sepatutnya diatasi sejak dahulu lagi," katanya ketika sidang media di lobi Bangunan Annex, hari ini.

Mengulas lanjut, Rizam berkata, tindakan kerajaan Selangor memberikan tawaran kepada pemilik kilang haram menerusi program pemutihan sebelum ini juga adalah tidak wajar memandangkan operasi pihak terlibat seharusnya dihentikan serta-merta berikutan mengundang risiko kepada sumber air.

Katanya, pengawasan sungai melalui dron juga tidak efektif bagi mengatasi isu pencemaran air yang berlaku di negeri ini.

"Pada saya, kerajaan negeri kena mencari punca sebenar iaitu memberi tumpuan kepada kilang-kilang haram yang beroperasi ini," katanya.

Menyentuh mengenai Belanjawan Selangor 2021, Rizam berkata, kerajaan negeri gagal memenuhi harapan serta aspirasi rakyat dalam pembentangan kali ini.

Tambah beliau, kebanyakan pengumuman yang dibuat tempoh hari hanyalah kesinambungan program dan dasar sedia ada seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Malah, ada juga program bertindih yang sebenarnya telah pun, sedang dan telah dilaksanakan kerajaan Persekutuan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Selangor dukacita rakyat bergelut Covid-19, gangguan air

[DIKEMASKINI] 1.2 juta akaun pengguna di KL, Selangor terjejas bekalan air


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!