[DIKEMASKINI] Lokman Adam direman kes ugutan terhadap PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam direman sehari bagi membantu siasatan berhubung sebuah video disyaki (berbaur ugutan) terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang JSJ Bukit Aman telah memulakan siasatan berhubung satu laporan polis terhadap Lokman, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN Polis sahkan Lokman Adam ditahan

"Kita melakukan siasatan ke atas sebuah video yang telah dimuat naik oleh Lokman kerana disyaki mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepimpinan Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya turut merampas gajet dipercayai digunakan untuk memuat naik video tular itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan Lokman, semalam.

Difahamkan, Lokman ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.

Beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam.

Artikel Berkaitan: