Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan.
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam dalam parit di Kilometer 12.8 Jalan Bidor - Teluk Intan di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu, Mohamed Azman Khan Mohd Yusof Khan, 29, beralamat Jalan Sungkai, Bidor maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Inokom Matrix 1.6 sendirian dalam perjalanan menuju ke arah Bidor.

Mayat mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan berjaya dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor.
Mayat mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan berjaya dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

"Mangsa yang cedera parah di beberapa bahagian anggota badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Kenderaan terlibat ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan siasatan lanjut kini dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: