Covid-19: Ketua Pengarah WHO jalani kuarantin

 Tedros Adhanom
Tedros Adhanom
A
A
A

GENEVA- Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menjalani kuarantin selepas kontak beliau disahkan positif koronavirus (Covid-19).

"Saya dikenalpasti sebagai kontak dengan seseorang yang positif Covid-19.

"Saya sihat tanpa simptom, tetapi menjalani kuarantin kendiri beberapa hari akan datang selari dengan protokol WHO dan bekerja dari rumah," katanya menerusi Twitter.

Tedros merupakan orang terpenting dalam menerajui usaha agensi kesihatan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerangi wabak terbabit.

Setakat ini, Covid-19 telah meragut hampir 1.2 juta nyawa dan menjangkiti lebih 46 juta orang di seluruh dunia sejak ia muncul dari China pada penghujung tahun lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: