JDT pilihan juara

Rata-rata penganalisis, pemerhati bola sepak termasuk bekas jurulatih kebangsaan memilih JDT sebagai pasukan pilihan.
Rata-rata penganalisis, pemerhati bola sepak termasuk bekas jurulatih kebangsaan memilih JDT sebagai pasukan pilihan.
A
A
A

SELEPAS berakhirnya sesi undian pusingan pertama TM Piala Malaysia semalam, rata-rata penganalisis, pemerhati bola sepak termasuk bekas jurulatih kebangsaan memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan pilihan.

Bagi Wan Jamak Wan Hassan, beliau memilih JDT untuk sekali lagi muncul juara Piala Malaysia berdasarkan prestasi cemerlang Harimau Selatan dalam beberapa musim lalu.

“Kalau kita tengok perkembangan terkini selain prestasi sejak beberapa musim lalu, JDT memang berada pada satu tahap di atas pasukan lain. Ini secara keseluruhannya menjurus kepada kecemerlangan pasukan berkenaan.

“Bagaimanapun, saya tetap melihat dua pasukan iaitu Kedah dan Perak mampu muncul sebagai pasukan yang boleh mencabar JDT dalam saingan Piala Malaysia kali ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan melakukan cabutan undian pusingan pertama Piala Malaysia 2020 semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan melakukan cabutan undian pusingan pertama Piala Malaysia 2020 semalam.



Menurutnya, selaku juara tujuh kali berturut-turut saingan Liga Super, JDT ternyata berada dalam kelasnya yang tersendiri dan sukar digugat oleh mana-mana pasukan.

“Kuching FA yang bakal ditentang JDT pada pusingan pertama nanti tidak boleh juga pandang rendah. Pahang yang dilihat tidak begitu menjadi dalam Liga Super tetapi mungkin menyerlah dalam Piala Malaysi," katanya.

Pendapat sama turut dikongsi seorang lagi jurulatih berpengalaman, Datuk M Karathu yang meramalkan JDT sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara berpaksikan keampuhan barisan pemain sedia ada.

“Jika tanya siapa sahaja, sudah tentu JDT menjadi pilihan juara Piala Malaysia. Tidak kira siapa lawan mereka, JDT sudah membuktikan bahawa mereka sebuah pasukan yang serba lengkap.

Artikel Berkaitan:

“Dengan pemain-pemain yang mereka ada, JDT terlalu kuat jika dibandingkan dengan pasukan lain. Ia dibuktikan dengan rekod tanpa kalah JDT dalam saingan liga musim ini,” jelasnya.

Begitupun, Karathu percaya pasukan lain seperti Selangor, Perak dan Kedah mampu menyekat hajat JDT untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu.

“Bagi saya, dengan format baharu Piala Malaysia kali ini, beberapa pasukan juga mempunyai peluang dan sudah pasti pasukan itu akan mengkaji di mana kekuatan dan kelemahan JDT.

“Lagi pun dengan format kalah mati, peluang terbuka untuk semua pasukan. Ketiadaan aksi home and away bakal menyaksikan pasukan yang konsisten akan berjaya memenangi Piala Malaysia,” katanya.