1,082 keluarga di DUN Lamaq terima sumbangan makanan

Bantuan makanan yang diagihkan kepada seramai 1,082 keluarga di DUN Lamag.
Bantuan makanan yang diagihkan kepada seramai 1,082 keluarga di DUN Lamag.
A
A
A

KINABATANGAN - Seramai 1,082 keluarga daripada 12 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah menerima sumbangan makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bantuan itu diberikan bagi meringankan beban penduduk ketika berhadapan dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Saya telah meminta pegawai saya melakukan agihan dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerimanya,” katanya.

Beliau yang kini berada di Kuala Lumpur untuk persediaan menghadiri persidangan Parlimen berharap penduduk dapat bersabar jika masih ada yang belum menerima bantuan.

Beberapa bantuan kelengkapan dan bantuan makanan diserahkan kepada petugas di Penjara Kepayan Kota Kinabalu.
Beberapa bantuan kelengkapan dan bantuan makanan diserahkan kepada petugas di Penjara Kepayan Kota Kinabalu.

“Disebabkan kita terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ditambah pula dengan faktor logistik pergerakan untuk menghantar bantuan mengambil masa, mungkin ada kelewatan sedikit.

“Namun, saya memberi jaminan bantuan akan disampaikan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, sumbangan alat kelengkapan perubatan turut diserahkan kepada petugas di Penjara Kepayan Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan:

Bung Moktar berkata, petugas di penjara turut berhadapan dengan cabaran dan risiko yang tinggi.

“Diharap sumbangan ini dapat membantu mereka, selain memberikan suntikan semangat,” kata beliau.