KFA langsai tunggakan gaji pemain, pegawai skuad hijau kuning

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) akhirnya berjaya melangsaikan semua tunggakan gaji skuad hijau kuning termasuk pegawai pasukan itu yang berjumlah RM3.8 juta semalam.

Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan, bahawa bayaran gaji tersebut membabitkan tunggakan bagi April, Mei dan Jun tahun ini.

Beliau berkata, langkah itu diharap mampu menyuntik semangat pasukan Kedah untuk beraksi dengan cemerlang pada pertemuan pusingan pertama saingan Piala Malaysia apabila bertemu Pahang di Stadium Darul Aman nanti (tarikh belum ditentukan).

“Saya yakin dengan prestasi semasa pasukan bimbingan Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak, Kedah mampu menewaskan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Dewan Al-Hana di sini petang tadi.

Beliau mengulas keputusan undian hari ini yang menetapkan Kedah bakal berentap dengan Pahang dalam pusingan kalah mati bagi saingan Piala Malaysia yang akan bermula pada 6 November ini.

Muhammad Sanusi berkata, pemain juga telah membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super yang berakhir baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: