Kemarau gol tidak jejas fokus Aubameyang

Aubameyang
Aubameyang
A
A
A

PELEDAK sensasi Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menegaskan keyakinannya tidak terkesan berikutan kemarau gol bersama The Gunners sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya pemain Gabon berusia 31 tahun itu optimis akan segera kembali ke prestasi awalnya seperti dibuktikan dalam beberapa perlawanan awal musim sebelum ini ketika memacu kemenangan kelab London berkenaan.

"Secara jujur tiada apa yang perlu dikhuatiri baik mengenai kemarau gol saya atau konsistensi kelab ini kerana saya optimis kami berada di landasan terbaik mengharungi saingan domestik dan Eropah.

"Ya, kami tidak mudah menjaringkan gol pada masa ini. Ini juga berlaku dalam kalangan pemain lain di kelab ini, saya juga tidak menjaringkan beberapa perlawanan dalam liga.

"Tetapi kami adalah sebuah kelab yang cukup berpengalaman di pentas kompetitif liga Inggeris, dengan pemain penyerang yang berpengalaman dan kami tahu kami akan mengubahnya. Saya tidak bimbang tentang itu," katanya.

Skuad kendalian Mikel Arteta akan berkunjung ke Old Trafford menentang Manchester United dalam misi memburu keputusan positif selepas mengatasi kelab Ireland, Dundlak 2-0 pada saingan Liga Europa sebelum ini.

Pada September lalu, Aubameyang menandatangani kontrak jangka panjang bersama The Gunners sekali gus menamatkan spekulasi statusnya bersama Arsenal.

Namun Aubameyang hanya mampu meledak satu gol pada saingan liga selepas menyatakan komitmen jangka panjangnya bersama skuad Arteta.

Artikel Berkaitan: