Lelaki maut kereta terbabas elak kenderaan kemalangan

Mangsa mengalami kecederaan parah selepas keretanya terbabas di kiri jalan di Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam hari ini.
Mangsa mengalami kecederaan parah selepas keretanya terbabas di kiri jalan di Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ketika cuba mengelak dua buah kenderaan yang berlanggar di laluan terbabit di Kilometer 10.7 Lebuhraya Persekutuan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.16 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry yang berada di lorong tengah melanggar sebuah lori dan menyebabkan kedua-duanya berhenti di tengah jalan.

"Kemudian datang sebuah kereta jenis Ford Focus dipandu mangsa dari arah belakang cuba mengelak namun hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa berusia 30 tahun parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, dua lagi pemandu terlibat tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: