Ular tedung 'lawat' rumah ADUN Galas

Anggota APM Gua Musang menangkap ular tedung selar di rumah Mohd Syahbuddin di Bandar Utama, Gua Musang petang tadi.
Anggota APM Gua Musang menangkap ular tedung selar di rumah Mohd Syahbuddin di Bandar Utama, Gua Musang petang tadi.
A
A
A

GUA MUSANG - Keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim terkejut apabila rumahnya di Bandar Utama di sini dimasuki seekor ular tedung selar petang tadi.

Reptilia sepanjang lima meter itu disedari berada di bawah sofa oleh isteri wakil rakyat berkenaan, Nor Azila Sidi Ahmad, 39, pada jam 3 petang.

"Isteri saya menyangka reptilia itu selipar dan menguis dengan kaki sebelum melihat objek tersebut bergerak," katanya kepada Sinar Harian.

Kehadiran reptilia sepanjang lima meter itu disedari oleh isteri Mohd Syahbuddin di Bandar Utama, Gua Musang petang tadi.
Kehadiran reptilia sepanjang lima meter itu disedari oleh isteri Mohd Syahbuddin di Bandar Utama, Gua Musang petang tadi.

Sebaik menyedari objek berkenaan seekor ular, Nor Azila yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 terus bertindak melarikan diri.

Menurutnya, ketika kejadian beliau berada di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Galas yang terletak tidak jauh dari rumah sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang anaknya memaklumkan perkara itu.

"Saya terus memaklumkan perkara itu kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang.

"Sebaik sahaja pulang ke rumah, isteri dan tiga anak berada dalam ketakutan kerana ular tedung selar masih berada di bawah kerusi ruang tamu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Gua Musang, Leftenan Mohd Yussalmi Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada jam 3.10 petang.

Katanya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sejurus sampai kita telah menemui seekor ular tedung selar di bawah sofa di ruang tamu rumah wakil rakyat itu.

“Anggota kita mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular tedung selar itu," katanya.

Mohd Syahbuddin (dua dari kiri) bersama anggota APM Gua Musang yang menangkap ular tedung selar di rumah ADUN Galas di Bandar Utama, Gua Musang petang tadi.
Mohd Syahbuddin (dua dari kiri) bersama anggota APM Gua Musang yang menangkap ular tedung selar di rumah ADUN Galas di Bandar Utama, Gua Musang petang tadi.