Mesyuarat PN bincang persediaan Parlimen esok: Azmin

Muhyiddin diiringi Mohamed Azmin sebaik keluar daripada mesyuarat yang diadakan di Hotel Hilton hari ini.
Muhyiddin diiringi Mohamed Azmin sebaik keluar daripada mesyuarat yang diadakan di Hotel Hilton hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang membabitkan ketua-ketua Whip parti kerajaan hari ini diadakan bagi membincangkan persediaan sesi Parlimen yang akan bersidang di Dewan Rakyat esok.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memaklumkan perkembangan terkini dan persediaan yang perlu dilakukan.

"Ini hanya majlis (mesyuarat) kerajaan membabitkan ketua-ketua Whip kerajaan di mana Perdana Menteri (Muhyiddin) memberitahu perkembangan terkini.

"Beliau juga memberitahu kita perlu bersedia untuk sesi yang akan datang ini. Sekadar kemas kini," katanya ketika ditemui sebaik selesai mesyuarat bersama ketua-ketua Whip di Hotel Hilton di sini hari ini.

Dalam pada itu, mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin itu diadakan pada jam 3 petang dan selesai dua jam selepas itu.

Muhyiddin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui pemberita di lobi hotel berkenaan.

Beberapa pemimpin lain yang menghadiri mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof

Terdahulu, Muhyiddin sebelum itu mengadakan mesyuarat pra Parlimen di hotel sama dengan pemimpin parti kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Antara yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

ARTIKEL BERKAITAN Pemimpin PN mesyuarat pra Parlimen hari ini