Empat kluster masih aktif di Johor

Anggota BBP Larkin melakukan proses sanitasi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru hari ini dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.
Anggota BBP Larkin melakukan proses sanitasi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru hari ini dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat kluster baharu koronavirus (Covid-19) di negeri ini terus aktif dan menyumbangkan 66 kes sehingga semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, Kluster Meldrum menyumbang enam enam kes, Kluster Bayu (lapan kes), Kluster Kempas (42 kes) dan Kluster Rinting (10 kes).

"Masyarakat dinasihatkan agar tidak panik dengan situasi semasa kerana keadaan di Johor masih lagi terkawal. Walaupun Johor Bahru diisytiharkan zon merah, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dilaksanakan.

"Kebanyakan kes yang dilaporkan daripada kluster sedia ada dan hanya tertumpu penularan dalam keluarga serta tempat kerja ahli keluarga mereka. Tempat kerja yang terlibat diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota BBP Larkin melakukan proses sanitasi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru hari ini dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.
Anggota BBP Larkin melakukan proses sanitasi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru hari ini dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Selepas daerah ini diisytiharkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan pada 29 Oktober lalu, 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru ditutup bermula hari ini sehingga 14 November ini.

Susulan itu, semua Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ), Tadika Agama Johor (TAJ), Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Sekolah Menengah Tinggi Arab (Maahad Johor) dan pusat-pusat tahfiz termasuk Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan pusat aktiviti ditutup bagi tempoh yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Johor Bahru kini zon merah

Artikel Berkaitan:

Vidyananthan berkata, sehingga semalam, kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan kekal sebanyak 906 kes dengan 21 kematian.

Katanya, sebanyak 814 kes telah pulih iaitu 89.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dengan 70 kes yang aktif dan sudah diasingkan serta diberikan rawatan di hospital.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kes akan meningkat dalam masa terdekat, namun mengharapkan semua pihak bertenang termasuk tidak menimbulkan panik dalam kalangan umum dengan menyebarkan berita tidak tepat.

Anggota BBP Larkin melakukan proses sanitasi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru hari ini dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.
Anggota BBP Larkin melakukan proses sanitasi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru hari ini dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, proses sanitasi dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru bermula jam 10 pagi ini berikutan berada dalam kawasan zon merah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memaklumkan sejak 27 Mac hingga 31 Oktober lalu, pihaknya sudah melakukan 2,262 operasi sanitasi awam di pelbagai tempat melibatkan 10 daerah di negeri ini.