Identiti pelajar Malaysia maut disahkan pihak berkuasa Taiwan

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Taiwan telah mengesahkan identiti pelajar Malaysia yang ditemui mati berhampiran Daerah Alian, Kaohsiung pada 29 Oktober sebagai pelajar tahun ketiga di Chang Jung Christian University di Tainan City yang dilaporkan hilang pada 28 Oktober.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak kementerian melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada ibu bapa pelajar berkenaan yang dijadualkan tiba di Taipei hari ini.

"Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar itu.

"Semua pelajar Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa berhati-hati dengan keselamatan diri. Pelajar dan warganegara Malaysia di Taiwan juga dinasihatkan untuk mendaftar dengan Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei,” menurut kenyataan itu. -Bernama

Artikel Berkaitan: