Lebih 100 banduan pulih masih dipantau KKM

Lebih 100 banduan Penjara Reman Pulau Pinang yang pulih masih diasingkan dengan banduan lain.
Lebih 100 banduan Penjara Reman Pulau Pinang yang pulih masih diasingkan dengan banduan lain.
A
A
A

GEORGETOWN - Lebih 100 banduan daripada 200 orang yang dilaporkan belum sembuh daripada jangkitan koronavirus (Covid-19) di Penjara Reman Pulau Pinang sebelum ini disahkan pulih.

Pengarahnya, Mohamed Jusoh Ismail berkata, kesemua mereka ditempatkan di blok khas di zon pemulihan di penjara tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, kesemua banduan terbabit masih berada di bawah pemantauan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Banduan itu kini berada di zon hijau selepas menunjukkan perkembangan yang baik ketika menerima rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster Penjara Reman: Lebih 100 banduan sembuh

Sehingga kini, Kluster Penjara Reman mencatatkan 463 kes bermula daripada salah seorang banduan berusia 85 tahun yang meninggal dunia pada 5 Oktober lalu dan disahkan positif.

Susulan itu, Penjara Reman Pulau Pinang dan kuarters kakitangan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 15 Oktober lalu dan dilanjutkan sehingga 11 November ini.

Pulau Pinang kini mempunyai dua kluster Covid-19 utama iaitu Penjara Reman dan Penjara Seberang Perai menjadikan kedua-dua penjara itu sebagai institusi hukuman ketiga dan keempat di negara ini mencatatkan jangkitan Covid-19 selepas Tawau di Sabah dan Alor Star di Kedah.

Artikel Berkaitan: