157 warga PDRM, ahli keluarga positif Covid-19

Seramai 157 warga PDRM termasuk ahli keluarga dan kakitangan awam disahkan positif Covid-19. - Foto 123RF Gambar kecil: Ramli
Seramai 157 warga PDRM termasuk ahli keluarga dan kakitangan awam disahkan positif Covid-19. - Foto 123RF Gambar kecil: Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 157 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk ahli keluarga dan kakitangan awam disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan masih menerima rawatan.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, jumlah itu termasuk empat kes baharu yang dilaporkan setakat semalam.

"Dalam tempoh itu juga, seramai 16 pegawai kanan PDRM disahkan positif Covid-19 dan 81 lagi kes positif membabitkan pegawai rendah.

"Lima lagi kes positif membabitkan kakitangan awam PDRM dan 59 kes adalah dalam kalangan ahli keluarga. Jumlah keseluruhan yang disahkan positif Covid-19 adalah seramai 157 orang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Ramli berkata, sehingga semalam, seramai 1,651 warga PDRM termasuk kakitangan awam dan ahli keluarga sedang menjalani perintah kuarantin di kediaman masing-masing.

Katanya, jumlah itu membabitkan 245 pegawai kanan, 1,110 pegawai rendah, 48 kakitangan awam dan 248 ahli keluarga kini sedang menjalani perintah kuarantin.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, kadar tinggi jangkitan dalam kalangan anggota PDRM membantutkan keupayaan dan kekuatan pasukan itu dalam penugasan menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Pasukan polis adalah petugas barisan hadapan berpotensi besar terdedah wabak itu kerana berada paling hampir dengan rakyat yang belum dipastikan tahap jangkitan.

Artikel Berkaitan:

Malah, ada anggota polis turut ditugaskan membantu pihak Imigresen untuk menghalang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI).