Masjid, surau zon merah di Johor Bahru tidak ditutup

Gambar hiasan - Foto Wikipedia Gambar kecil: Tosrin
Gambar hiasan - Foto Wikipedia Gambar kecil: Tosrin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Masjid dan surau di daerah Johor Bahru yang diisytiharkan sebagai zon merah tidak akan ditutup di mana semua kegiatan keagamaan akan diteruskan seperti biasa.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, tiada arahan terbaharu untuk menutup masjid atau surau di mana jumlah kehadiran jemaah masih kekal iaitu mengikut satu pertiga keluasan masjid dan surau.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid dan surau perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

"Jika ada kes koronavirus (Covid-19) berlaku di masjid atau surau, kemudiannya terdapat arahan Kementerian Kesihatan maka tindakan sewajarnya akan mengambil," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di sini hari ini.

Sementara itu, Tosrin meminta 47 institusi pendidikan agama swasta termasuk sekolah tahfiz persendirian untuk mematuhi arahan JAINJ iaitu penutupan sementara bermula hari ini sehingga 14 November depan.

Katanya, semua pelajar yang tinggal di asrama institusi pendidikan Islam bawah kelolaan JAINJ telah diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Institusi terlibat termasuklah Marsah, Tadika Agama Johor, Sekolah Agama Kerajaan Johor, Maahad Johor dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

"Arahan ini turut melibatkan Madrasah Tahfiz Swasta, Sekolah Rendah Agama Swasta, Sekolah Menengah Agama Swasta dan Madrasah Malabar," katanya.

Artikel Berkaitan: