NGO Turki serah selimut kepada 30,000 pelarian Rohingya

Pelarian Rohinghya menerima bantuan selimut diserahkan wakil HHF di Cox's Bazaar.
Pelarian Rohinghya menerima bantuan selimut diserahkan wakil HHF di Cox's Bazaar.
A
A
A

ANKARA - TURKI. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Turki menghantar selimut dan keperluan harian lain kepada lebih 30,000 etnik Islam Rohingya di kem pelarian Bangladesh.

Humanitarian Relief Foundation (HHF) berkata, ia sebahagian daripada kempen amal dijalankan pihaknya.

"Ramai yang terjejas sepanjang musim sejuk. Ada yang jatuh sakit dan mungkin meninggal dunia.

"Keperluan seperti selimut, baju tebal dan kasut serta makanan amat diperlukan pelarian di Cox's Bazaar," menurut HHF dalam kenyataannya semalam.

Difahamkan musim hujan monsoon sejak beberapa bulan lalu menyebabkan suhu di sekitar kem pelarian di Cox's Bazaar jatuh mendadak.

Ramai pelarian terutama wanita dan kanak-kanak yang tinggal dalam khemah serba daif terjejas dengan cuaca tidak menentu di Bangladesh. - Agensi

Artikel Berkaitan: