Najib bukan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen BN: Annuar Musa

 Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC), bukan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Demikian kongsi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui ciapan balas di Twitter berhubung pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu menjelang persidangan Dewan Rakyat esok.

Beliau membalas ciapan seorang pengguna yang menyatakan BN membuat keputusan tepat kerana pengalaman Najib mengurus ekonomi amat diperlukan ketika masa mencabar ini.

Laporan The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata, bekas Perdana Menteri itu diberikan peranan utama bermula sidang Dewan Rakyat esok, terutama dalam perbahasan Belanjawan 2021.

“Najib dilantik baru-baru ini menjelang sidang Parlimen supaya beliau boleh mengendalikan wakil rakyat BN di dewan

“Beliau berpengalaman, boleh pengaruhi ahli Parlimen,” kata sumber dalam laporan itu.

Artikel Berkaitan: