Kerajaan diminta mudahkan peniaga dapat lesen: PPIM

Nadzim Johan
Nadzim Johan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta membantu peniaga di seluruh negara yang terjejas teruk akibat penularan Koronavirus (Covid-19) dalam perancangan Belanjawan 2021.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat pelbagai aspek bantuan yang boleh dilakukan termasuk melalui pemberian lesen, kemudahan pinjaman dan penawaran insentif.

Menurutnya, kerajaan juga boleh mempermudahkan proses permohonan dan pemberian lesen kepada peniaga.

“Kerajaan sepatutnya tidak meletakkan tekanan kepada peniaga yang mahu berniaga dengan penambahan syarat yang tidak perlu dalam hal perolehan lesen.

“Ini kerana kami menerima aduan yang peniaga tidak boleh bekerja kerana barangan mereka dirampas kerana tiada lesen perniagaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengenal pasti jumlah peniaga di seluruh negara yang perlu dibantu selain memudahkan akses pinjaman membabitkan institusi kewangan.

Tambahnya, produk tempatan juga memerlukan sokongan untuk terus berada di pasaran bagi membolehkan pengusaha membayar gaji pekerja mereka.

Artikel Berkaitan: