Pemimpin PN mesyuarat pra Parlimen hari ini

Petugas media masih menanti perkembangan terkini mesyuarat PN yang diadakan di Hotel Hilton hari ini.
Petugas media masih menanti perkembangan terkini mesyuarat PN yang diadakan di Hotel Hilton hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat pra Parlimen di Hotel Hilton, Kuala Lumpur petang ini.

Mesyuarat ini dianggap penting kerana sidang Dewan Rakyat akan bermula esok dan bakal menyaksikan Belanjawan 2021 dibentangkan pada Jumaat ini.

Difahamkan mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, beberapa pemimpin dilihat memasuki hotel termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tiba kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Setakat ini, intipati mesyuarat masih belum diketahui kerana semua pemimpin ‘mengunci mulut’ ketika ditanya pemberita di lobi hotel.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika ditemui berkata, pertemuan yang diadakan hari ini merupakan mesyuarat biasa.

“Biasalah sebelum sidang Parlimen, kita akan bermesyuarat. Ini mesyuarat biasa sahaja,” kata katanya.

Artikel Berkaitan: