X

Kindly register in order to view this article
!

Gempa 6.3 skala Richter landa Maluku, Indonesia

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

JAKARTA - [DIKEMAS KINI] Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda timur laut Maluku, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Menurut BMKG, gempa itu berlaku pada jam 10.43 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di 198 kilometer (km) timur laut Maluku, di kedalaman 196km di dasar Laut Arafura, perairan antara Pulau Papua dan Australia.

BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!