[DIKEMASKINI] Dua pelajar Taayah positif Covid-19

Empat pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini disahkan positif koronavirus (Covid-19) hasil ujian calitan (swab test) yang dijalankan minggu lalu. Foto: Sumber internet.
Empat pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini disahkan positif koronavirus (Covid-19) hasil ujian calitan (swab test) yang dijalankan minggu lalu. Foto: Sumber internet.
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Dua pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini disahkan positif koronavirus (Covid-19) hasil ujian calitan (swab test) yang dijalankan minggu lalu.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pelajar terlibat masing-masing daripada Tingkatan Empat dan Tingkatan Tiga.

Menurutnya, sejak kes pertama dikesan membabitkan pelajar di asrama sekolah itu pada 22 Oktober lalu, seramai 604 pelajar, guru dan kakitangan sekolah telah diarah menjalani saringan Covid-19.

"Daripada jumlah itu, kita dapati dua pelajar sah dijangkiti Covid-19. Mereka telah diasingkan dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk rawatan lanjut.

"Empat pelajar pula telah dikesan mengalami gejala sesak nafas, namun keputusan saringan yang diperoleh menunjukkan kesemua mereka yang berusia antara 14 hingga 17 tahun itu negatif Covid-19," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan kes berkenaan, seramai 558 pelajar lain yang menginap di asrama sekolah terbabit telah diarah menjalani kuarantin.

ARTIKEL BERKAITAN: SekoIah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Perempuan Taayah ditutup

Covid-19: 57 pelajar, guru jalani ujian saringan

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 174 pelajar yang dikesan kontak rapat dan mengalami gejala awal telah ditempatkan di Pusat Kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Hulu Kinta.

"Seramai 372 pelajar telah menjalani kuarantin kendiri di asrama sekolah dan 12 pelajar lagi di rumah.

"Setakat ini keadaan adalah terkawal dan operasi sekolah masih ditutup sebagai langkah pencegahan penularan wabak," katanya.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum ini telah mengarahkan Sekolah Raja Perempuan Taayah ditutup selepas seorang pelajar Tingkatan Enam Sekolah Izzuddin Shah yang menginap di asrama sekolah itu disahkan positif Covid-19.

Arahan penutupan turut dikeluarkan kepada Sekolah Izzuddin Shah bermula 23 Oktober lepas sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berpandu kepada kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdahulu, Mohd Akmal hadir merasmikan program Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di sini yang turut dihadiri Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.