Banjir kilat: Lokasi pembinaan SUKE terkawal

Rakaman video seorang pengguna Twitter mendakwa berlakunya runtuhan pembinaan di SUKE semalam.
Rakaman video seorang pengguna Twitter mendakwa berlakunya runtuhan pembinaan di SUKE semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) memaklumkan, keadaan di lokasi pembinaannya adalah terkawal dan air telah surut susulan hujan lebat melanda kawasan berkenaan semalam.

SUKE menjelaskan, pihaknya sedia maklum kejadian limpahan air itu berikutan hujan lebat yang berlaku.

"Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) kami berada di lokasi bagi mengawal keadaan," katanya dalam ciapan di laman Twitternya semalam bagi menjawab dakwaan seorang pemilik akaun Twitter berlakunya runtuhan di kawasan pembinaan tersebut.

Dalam pada itu, SUKE turut memaparkan gambar paras air sungai selepas hujan kilat yang dilaporkan berlaku petang semalam.

Hari ini, Jabatan Meteorologi meramalkan berlakunya ribut petir bermula pagi hingga petang di ibu negara.

Artikel Berkaitan: