Hadiah menarik menanti pengunjung Aman Central

Ken Chin (tengah) pada majlis pelancaran kempen ulang tahun ke-5 Aman Central dengan tema Wonderful 5.0 kelmarin.
Ken Chin (tengah) pada majlis pelancaran kempen ulang tahun ke-5 Aman Central dengan tema Wonderful 5.0 kelmarin.
A
A
A

ALOR SETAR - Aman Central menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu kereta untuk pelanggan sempena Kempen Ulang Tahun ke-5 pusat membeli-belah terkemuka itu.

Melalui tema Wonderful 5.0, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM300 dalam gabungan dua resit di mana-mana outlet di Aman Central untuk menebus satu borang peraduan.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Ken Chin berkata, kempen itu bermula sejak 30 Oktober 2020 hingga 28 Februari 2021.

“Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang untuk anda menang.

“Wonderful 5.0 turut menawarkan hadiah daripada pelbagai jenama terkenal seperti The Face Shop, Laneige, Himalaya, Innisfree, HLA, Texas Chicken dan Ecobrown,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Ulang Tahun ke-5 Aman Central kelmarin.

Menurutnya, tawaran hadiah hebat lain seperti barangan eksklusif, beg tangan terkini, jam, produk kecergasan dan kesihatan serta beg melancong turut menanti pemenang bertuah.

Tambah Ken Chin, objektif Wonderful 5.0 ialah menggalakkan penjualan runcit sambil menyumbang kembali kepada masyarakat melalui jualan amal.

“Sebagai tanda terima kasih khususnya kepada pelanggan setia Aman Central, kami turut memperkenalkan program Aman Central Wonderful 5.0 Charity melalui jualan koleksi empat tudung eksklusif edisi terhad yang melibatkan beberapa pereka terkenal,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang berminat untuk menyumbang kepada kerja amal ini boleh membeli tudung edisi terhad pada harga RM89.90 dan tote beg eksklusif pada harga RM55.50 di kaunter Concierge, tingkat bawah Aman Sentral serta platform media sosial.

“Hasil jualan akan disumbangkan ke rumah kebajikan dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI),” katanya.

Tambah menarik, 300 penyertaan pertama akan menerima produk eksklusif Himalaya dan baucar Texas Chicken manakala 500 penyertaan seterusnya akan menerima payung istimewa dan kotak simpan barangan dalam bonet kenderaan.

Beliau berkata, hadiah bulanan turut disediakan kepada lima pemenang bertuah iaitu produk kecantikan eksklusif jenama The Face Shop bernilai RM250 setiap satu.

Dalam pada itu, Aman Central terus menyasarkan untuk menjadi destinasi membeli-belah terunggul dan terulung di wilayah Utara meskipun dengan cabaran pandemik Covid-19.