Manchester City kembali ke landasan kemenangan

Walker (kanan) meraikan jaringannya bersama pemain Manchester City lain selepas meledak gol pertama pelawat ketika menentang Sheffield United di Bramall Lane.
Walker (kanan) meraikan jaringannya bersama pemain Manchester City lain selepas meledak gol pertama pelawat ketika menentang Sheffield United di Bramall Lane.
A
A
A

MANCHESTER City bangkit daripada persembahan hambar liga minggu lalu apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Sheffield United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Bramall Lane malam ini.

Anak buah Pep Guardiola sebelum ini sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika bertandang ke Stadium London menentang West Ham United tampil agresif di laman The Blades apabila menguasai 65 peratus perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan itu, Kyle Walker muncul wira The Citizens apabila meledak gol pada minit ke-28 selepas menyudahkan sentuhan Kevin De Bruyne sekali gus memastikan kemenangan ketiga selepas mengharungi enam perlawanan untuk mata ke-11.

Sementara itu, kekalahan skuad kendalian Chris Wilder berkenaan terus menambah kemarau kemenangan The Blades yang masih gagal meraih sebarang keputusan positif selepas mengharungi tujuh perlawanan liga.

Anak buah Guardiola selepas ini bakal berdepan kelab Greece, Olympiakos Piraeus pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, 4 November diikuti aksi liga menentang Liverpool lima hari kemudian dengan kedua-dua perlawanan dijadualkan di Stadium Etihad.

Artikel Berkaitan: