X

Kindly register in order to view this article
!

Aktor James Bond meninggal dunia pada usia 90 tahun

Majalah People pernah mengisytiharkan Connery sebagai 'lelaki paling seksi' ketika beliau berusia 59 tahun pada 1989. - Foto Agensi
A
A

LONDON - Sir Sean Connery yang merupakan aktor filem perisik 007, James Bond meninggal dunia ketika tidur pada usia 90 tahun di kediamannya di Bahamas.

Menurut laporan BBC hari ini, kematiannya disahkan keluarganya dan dikatakan mengalami masalah kesihatan sebelum ini.

Connery yang terlibat dalam tujuh siri filem 'thriller' tersebut turut merangkul beberapa anugerah termasuk Oscar dan tiga Golden Globes.

Pada Ogos lalu, bintang filem The Hunt for Red October dan Indiana Jones sempat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-90.

Connery berkahwin dengan aktres Diane Cilento pada 1962, namun berpisah 11 tahun kemudian dan turut dikurniakan seorang anak lelaki, Jason yang kini mengikut jejak langkahnya menjadi seorang pelakon.

Bintang kelahiran Scotland itu juga pernah mengikat tali perkahwinan dengan artis Perancis, Micheline Roquebrune yang ditemui ketika bermain golf pada 1975. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!