X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada kes penemuan jenazah kanak-kanak terburai perut

Perkongsian palsu di aplikasi What’s App yang tular sejak petang semalam disahkan tidak benar.
A
A

MUAR - Penularan rakaman suara berhubung penemuan jenazah dua kanak-kanak yang didakwa diculik sebelum mayatnya ditemui di Dusun Damai, Pagoh dengan keadaan isi perut dikeluarkan adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

“Semakan telah dibuat dan kes yang ditular ini merupakan kes yang berlaku di Seberang Perai pada 22 Januari 2019 dimana laporan polis telah dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak.

“Kes ini telah selesai di mana kanak-kanak ini telah dijumpai di salah sebuah pasaraya di Pulau Pinang dalam keadaan selamat pada 23 Januari 2019. Laporan polis berkaitan penemuan kanak-kanak juga telah dibuat,” katanya.

Polis menasihati mana-mana individu atau pengguna media sosial untuk menghentikan penyebaran isu berbaur sensitif dan berita tidak benar dari mana-mana saluran media perkongsian.

“Sebarang maklumat yang diterima perlu di rujuk kepada polis bagi mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat penyebaran di dalam media sosial.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut hanya boleh membangkitkan keresahan dan disalahertikan di kalangan masyarakat,” tegasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!