71 pesakit di ICU, 16 perlu alat bantuan pernafasan di Sabah

Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes positif baharu Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 15,048 kes. Gamabr kecil: Masidi Manjun
Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes positif baharu Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 15,048 kes. Gamabr kecil: Masidi Manjun
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 71 orang pesakit koronavirus (Covid-19) di Sabah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 16 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hari ini Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes positif baharu Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 15,048 kes.

"Hari ini, seramai 3,393 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 654 orang di hospital dan 2,739 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC).

"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah seramai 71 orang dan 16 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Masidi turut memaklumkan, walaupun tiada kluster baharu dicatat di Sabah hari ini namun ada peningkatan kes bagi Kluster Rumah Merah dan dijangka kes terus meningkat dalam beberapa hari ini.

"Jumlah kes Kluster Rumah Merah naik berganda sebanyak 111 kes pada hari ini berpunca daripada saringan yang dilaksanakan ke atas dua blok Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal.

"Bilangan kes dijangka terus meningkat untuk tempoh beberapa hari lagi. Ini disebabkan PTS berkenaan mempunyai 10 blok dengan jumlah keseluruhan 1,706 orang tahanan," katanya.

Mengulas berhubung kes jangkitan Covid-19 mengikut daerah, Masidi berkata, Beaufort yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon merah sudah bertukar sebagai zon kuning.

Artikel Berkaitan:

"Kota Kinabalu mencatat 186 kes hari ini, disusuli Sandakan (109), Tawau (64), Penampang dan Tuaran masing-masing catat 36 kes, Kudat (35) dan Papar (25).

"Putatan catat 10 kes, Keningau (9), Lahad Datu (6), Tenom (4), Beaufort (3), Semporna dan Kuala Penyu masing-masing catat dua kes, manakala Kota Marudu dan Kinabatangan catat satu kes," katanya.