Muzium Madame Tussauds buang patung lilin Trump

Patung lilin Trump tersebut dialihkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah. - Foto Agensi
Patung lilin Trump tersebut dialihkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah. - Foto Agensi
A
A
A

BERLIN - Muzium lilin Madame Tussauds di Berlin meletakkan patung Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke dalam tong sampah kelmarin sebagai simbol tentang ramalan nasib beliau pada Pilihan Raya Presiden AS 2020 pada lusa.

"Kami mengeluarkan patung lilin dari tempat pameran sebagai langkah persediaan awal jika beliau tewas," kata Pengurus Pemasaran muzium itu, Orkide Yalcindag.

Langkah itu dibuat selepas keputusan tinjauan menunjukkan pesaingnya daripada Demokrat, Joe Biden kini mendahului beliau di negeri yang mempertandingkan kerusi panas susulan kebanyakan rakyat Amerika kecewa dengan pentadbiran Trump yang didakwa gagal menangani krisis koronavirus (Covid-19).

Bulan lalu, kaji selidik Pew Research mendapati bilionair hartanah terbabit merupakan pemimpin yang tidak popular di Jerman dan hanya satu daripada 10 rakyat negara itu menzahirkan keyakinan terhadap Trump. - Agensi

Artikel Berkaitan: