Isu Yadim: Kesabaran Melayu ada hadnya, kata Pas

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof bahawa umat Islam tidak gentar dengan amaran beliau agar jangan terus mempertikaikan lantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Katanya, Mujahid perlu ingat majoriti rakyat di Malaysia adalah kaum Melayu-Islam, yang pantang diusik sekiranya kepentingan agama dan bangsa mereka dicabar.

"Jangan ingat amaran dari beliau digeruni oleh umat Islam. Pas beri amaran jangan berterusan memberi laluan campurtangan DAP dalam urusan Islam.

"Ingat 63 peratus rakyat Malaysia adalah umat Islam yg ada had kesabarannya dan tidak teragak agak mempertahankan Islam jika terus diganggu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Mujahid yang memberi amaran kepada pihak yang berterusan mempertikaikan lantikan, Adun DAP, Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yadim.

Mujahid yang mempertahankan lantikan Sheikh Omar menegaskan, pelantikan Adun berkenaan atas dasar kelayakan yang dimilikinya.

Tambah Mujahid, tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang sengaja mensensasikan isu itu sama ada di peringkat dalaman, di media-media sosial dan di mana-mana medium.

"Dakwaan yang mengatakan DAP tidak mengiktiraf agama Islam merupakan satu tuduhan melampau sedangkan parti itu bersama kerajaan pada hari ini," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Yadim: Lantikan atas dasar merit

Mujahid berkata, sekiranya tuduhan itu berlaku di peringkat dalaman, tindakan akan dilaksanakan mengikut prosedur iaitu menegur, manakala jika melibatkan orang luar terutamanya di media sosial, tindakan mungkin akan dibuat orang lain melalui laporan.

Omar Ali diumumkan antara 10 ahli politik yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim.

Selain Sheikh Omar, enam individu daripada Amanah iaitu Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz; timbalannya, Zolkharnain Abidin, Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron, Shamsul; Arif Ismail dan Maznah Daud.

Dua lagi melibatkan wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil Bersatu yang merupakan Ketua Bahagian Cheras Bersatu, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan Sheikh Omar: Mujahid beri amaran