ILKKM di Kempas dikenakan PKPD Pentadbiran

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menandatangani plak perasmian Bilik Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Mesin MRI baharu di Putra Specialist Hospital Batu Pahat hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menandatangani plak perasmian Bilik Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Mesin MRI baharu di Putra Specialist Hospital Batu Pahat hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BATU PAHAT - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Kempas dalam daerah Johor Bahru telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bermula semalam, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, pelaksanaan yang berkuat kuasa selama 14 hari itu mengambil kira jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang tinggi dicatatkan di kawasan berkenaan.

“Untuk daerah Johor Bahru, kita tidak kenakan PKP Bersyarat atau PKPD tetapi cuma kita akan laksanakan TEMCO atau PKPD Bersasar Secara Pentadbiran di ILKKM Kempas iaitu, lokasi kes lebih banyak direkodkan di kawasan tersebut.

“Apabila PKPD Bersasar Secara Pentadbiran bermakna kita dapat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di lokaliti tertentu sahaja bukanlah satu daerah Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesin Pengimejan Resonas Magnetik 1.5 Tesla (MRI) milik Hospital Pakar Putra Batu Pahat di sini hari ini.

Menurut Dr Adham, setakat hari ini terdapat 56 kes aktif Covid-19 dicatatkan di seluruh Johor Bahru dengan 42 daripadanya adalah dari Kluster Kempas yang turut meliputi institut latihan berkenaan.

"Baki selebihnya membabitkan Kluster Meldrum dengan enam kes dan Kluster Bayu (lapan kes)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata, pihaknya melihat terdapat tanda pengurangan kes Covid-19 di Sabah dengan unjuran kadar nilai kebolehjangkitan kes atau R-naught adalah hampir 1.0 ketika ini.

“R-naught adalah satu tinjauan berkenaan dengan kemungkinan kes-kes naik atau turun dan kita sudah ada unjuran yang dikeluarkan iaitu R-naught telah menghampiri 1.0.

Artikel Berkaitan:

“Kalau 1.0 bermakna kadar jangkitan adalah satu pesakit kepada seorang lain sahaja dan kita akan cuba turunkan R-naught kurang daripada satu dengan melaksanakan PKPD di beberapa lagi tempat yang perlu seperti di Tawau, Sandakan dan kawasan Penjara Kepayan,” katanya. - Bernama