PPD Jempol ditutup tiga hari

Syahrul Nizam
Syahrul Nizam
A
A
A

SEREMBAN - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol ditutup tiga hari bermula semalam sehingga esok susulan seorang kakitangannya disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, kes itu telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban dan seramai 13 individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit telah membuat saringan.

"Mereka kini sedang kuarantin diri di rumah. Saya dimaklumkan pesakit positif Covid-19 itu adalah dari Kluster Taman Bunga di Seremban.

" Kerja-kerja sanitasi telah dibuat di PPD semalam dan akan kembali beroperasi semula Isnin ini," katanya.

Untuk rekod, Kluster Taman Bunga ialah kluster baharu dilaporkan di Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Kes indeks kluster dikenal pasti melalui hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke HTJ.

Saringan kontak rapat dilakukan mengenal pasti 22 lagi kes positif.

Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 55 individu disaring dengan 23 kes positif, 25 lagi negatif dan tujuh masih menunggu keputusan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: KKM kenal pasti lima lagi kluster baharu