Hajiji sertai sidang khas MKN, maklum perkembangan Covid-19 di Sabah

Hajiji menyertai Sidang Khas MKN Pengurusan Covid-19 menerusi sidang video yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Ketua Menteri, Kota Kinabalu.
Hajiji menyertai Sidang Khas MKN Pengurusan Covid-19 menerusi sidang video yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Ketua Menteri, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor hari ini menyertai Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan koronavirus (Covid-19) menerusi sidang video yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat selama tiga jam itu diadakan di Pejabat Ketua Menteri adalah bagi memaklumkan perkembangan semasa berhubung Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, Hajiji memaklumkan kerajaan Sabah meluluskan peruntukan sebanyak RM160 juta bantuan Covid-19 kepada golongan yang terkesan akibat pandemik itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk tujuan yang sama pada awal bulan ini.

Turut hadir dalam sidang itu adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong; Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Ini adalah mesyuarat MKN pertama beliau sertai secara rasmi selepas disahkan pulih daripada jangkitan Covid-19.

Hajiji sebelum ini dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: