MKN rangka pelan tindakan kawal Covid-19 jangka panjang

Penularan Covid-19 yang tinggi di negara jiran dengan kemasukan PATI yang ramai, menyebabkan ia menjadi satu fenomena sekali gus menambahkan kadar kes di negara ini.
Gambar fail.
Penularan Covid-19 yang tinggi di negara jiran dengan kemasukan PATI yang ramai, menyebabkan ia menjadi satu fenomena sekali gus menambahkan kadar kes di negara ini. Gambar fail.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka pelan tindakan menyeluruh bagi menjamin wabak koronavirus (Covid-19) terus terkawal meskipun pandemik itu berterusan untuk jangka masa panjang.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelan tindakan tersebut akan berdasarkan penilaian fakta dan pengalaman tindakan yang telah dilakukan kerajaan dalam mengawal Covid-19 sejak Januari tahun ini.

“MKN masih dalam proses menganalisis semua corak tindakan yang telah dilakukan. Tindakan yang dipilih daripada sampel-sampel yang mempunyai kesan baik akan digabungkan supaya ia dapat menjadi satu pelan hadapan yang boleh menjadi panduan untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi bertajuk ‘Pengurusan Covid-19: Pelaksanaan, Cabaran dan Masa Depan’.

Dalam pada itu, Rodzi berkata, keadaan geografi negara seperti kawasan pedalaman yang luas, perairan terbuka yang bersempadan dengan negara jiran di pantai timur Sabah menjadi cabaran besar dalam memerangi pandemik Covid-19.

Sehubungan itu katanya, penguatkuasaan di kawasan sempadan perairan dan daratan bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mungkin pembawa Covid-19 menjadi perkara penting ketika ini di samping usaha menyekat penularan tempatan.

“Penularan Covid-19 yang tinggi di negara jiran dengan kemasukan PATI yang ramai, menyebabkan ia menjadi satu fenomena sekali gus menambahkan kadar kes di negara kita,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: