X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2021: Tengku Zafrul adakan konsultasi bersama pembangkang

Gambar dan kenyataan yang dimuat naik oleh Tengku Zafrul berkaitan sesi libat urus bersama pemimpin pembangkang bagi Belanjawan 2021
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan konsultasi bersama wakil rakyat pembangkang dalam usaha merangka Belanjawan 2021 yang menyeluruh untuk rakyat, perniagaan dan ekonomi.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Tengku Zafrul memaklumkan beliau telah mengadakan sesi libat urus secara maya bersama Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darell Leiking.

"Beliau telah menyampaikan cadangan dan hasrat Belanjawan 2021 bagi pihak Warisan kepada saya dan wakil Kementerian Kewangan.

"Cadangan-cadangan tersebut akan dipertimbangkan untuk Belanjawan 2021. Terima kasih atas keprihatinan dan penyertaan beliau dalam sesi libat urus ini," katanya.

Sementara itu satu lagi hantaran, Zafrul turut berterima kasih kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang meluangkan masa berbincang mengenai Belanjawan 2021.

"Syed Saddiq telah membentangkan beberapa idea daripada sudut belia termasuk penciptaan pekerjaan dan sokongan untuk akses kepada pendidikan.

"Sesi ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Kewangan dalam merangka Belanjawan 2021 yang berfokuskan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!