Lebih 300 petugas barisan hadapan di Sabah dijangkiti Covid-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perutusan khas, berhubung situasi semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di kediamannya hari ini. -Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perutusan khas, berhubung situasi semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di kediamannya hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Lebih 300 petugas barisan hadapan di Sabah telah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, susulan itu juga lebih 1, 200 petugas dikenakan kuarantin.

Selain itu katanya, terdapat hampir 11,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa dikuarantin.

"Keadaan ini menambah kekangan pasukan polis terutama bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan. We can’t fail our frontliners (kita tidak boleh menggagalkan usaha petugas barisan hadapan).

"Kerajaan memandang serius perkembangan ini. Sejak sebulan yang lalu, saya mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 hampir setiap hari.

"Saya bersama menteri-menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan meneliti data dan syor yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam membendung Covid-19," katanya ketika menyampaikan perutusan khas perkembangan semasa Covid-19 yang disiar secara langsung stesen televisyen tempatan sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin beri jaminan Belanjawan 2021 ringan beban rakyat

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, ketika ini Sabah mencatatkan jumlah kes yang tertinggi iaitu 13,701 kes diikuti Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

"Peta negeri Sabah dan Selangor menunjukkan hampir keseluruhan kawasan menjadi merah, iaitu kawasan yang mencatatkan kes Covid-19 melebihi 40 kes," katanya.

Menurutnya, peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak memberi tekanan kepada petugas barisan hadapan yang telah bertarung lebih daripada 10 bulan sejak pandemik itu mula menular di negara ini.