Pas ucap takziah kepada kerajaan Turki, Greece

Kamaruzaman
Kamaruzaman
A
A
A

SHAH ALAM - Pas merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan Turki dan Greece susulan bencana gempa bumi yang melanda beberapa bahagian di kedua-dua negara itu semalam.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan hari ini turut meminta rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan misi membantu dan menyelamatkan mangsa dipermudahkan.

“Pas juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di lokasi terjejas supaya menghubungi Kedutaan Malaysia sekiranya memerlukan bantuan,” katanya.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya hari ini memaklumkan mereka sedang memantau perkembangan semasa berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.0 skala Richter di Laut Aegean semalam iaitu 30 Oktober 2020.

Kenyataan tersebut turut memberitahu bahawa gempa bumi tersebut memberi kesan buruk kepada bandar Izmir, Turki dan Pulau Samos, Greece.

“Menurut laporan awal, sebilangan rakyat Malaysia yang kini berada di Izmir selamat daripada bencana itu,” kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: